Bella Astillah (kiri). Foto Instagram Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, ibu tunggal sepasang anak itu mengakui dia menangis di Kaabah kerana reda dengan ketentuan takdir hidupanya.

“Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu kepada-NYA.

“Kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi sebab rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada ALLAH SWT kerana memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir datang,” ungkapnya menerusi perkongsian di laman Instagram  di sini hari ini.

Foto Instagram Bella Astillah.

Akuinya, dia menerima begitu banyak sokongan dan kasih sayang yang sama sekali tidak terbayang olehnya sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga menasihatkan pengikut di media sosial agar belajar menerima apa jua ketentuan dengan hati yang lapang.

“Ini yang kita panggil berdamai dengan takdir. Sama ada nak terima ataupun tolak, semuanya akan tetap berlaku tapi ia juga pasti berlalu.

“Ingat bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan dan perasaan kita, sama ada suka, tak suka atau bahagia.

“Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses healing kita, tapi disitulah letaknya kekuatan,” tulisnya lagi.

Jun tahun lalu, Bella sah bercerai dengan penyanyi Aliff Aziz, 33, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, rujuk semula.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here