Ir. Razali Kassim meninjau hakisan pantai di Sungai Api-api jajaran FT03 Jalan Pekan - Nenasi Seksyen 255, hari ini

PEKAN – Kerajaan negeri berharap Kementerian Ekonomi dapat menyegerakan peruntukan khas bagi menangani isu hakisan pantai di negeri ini yang sudah di tahap kritikal.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, hakisan sepanjang hampir satu kilometer itu sudah ‘memakan’ rizab jalan Persekutuan.

Menurutnya Kerajaan Negeri berharap isu berkenaan mendapat perhatian dan keutamaan sewajarnya ekoran kesan hakisan melibatkan aspek keselamatan yang boleh mengancam nyawa orang ramai.

Ir. Razali Kassim (dua dari kiri) mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan insiden hakisan pantai di Jalan Pekan – Nenasi hari ini

“Banyak lokasi pantai terjejas kerana pantai di negeri ini panjang, namun keadaan di hakisan pantai Sungai Api-api bertambah serius.

“Kerajaan negeri berharap Kerajaan Persekutuan terutama Kementerian Ekonomi dapat menyegerakan permohonan peruntukan kerana pada bila-bila masa jalan ini boleh runtuh,” katanya hari ini ketika ditemui membuat tinjauan di pantai berkenaan.

Menurutnya hakisan berkenaan di  jajaran FT03 Jalan Pekan – Nenasi Seksyen 255 bakal mengundang bahaya pengguna jalan di situ.

Artikel berkaitan:

Sultan Pahang bimbang kejadian hakisan pantai

Air pasang besar: Nampak balak lalu tepi rumah

Tambah Ir. Razali perkara tersebut mendapat keprihatinan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan kebimbangan terhadap isu hakisan pantai yang semakin kritikal di negeri ini.

“Semalam pun Tuanku sekali lagi bertitah supaya perkara ini disegerakan,” tambahnya.

Jelas beliau, kedudukan pantai yang terbuka dan terdedah secara terus memberi kesan lebih-lebih lagi terjadi kejadian air pasang setiap kali musim monsun.

“Memang kawasan ini terdedah laut yang terbuka, terdedah kerana pantai kita di Pahang panjangnya 2 98 kilometer.

“Bahkan pa  ntai dari Kelantan hingga Johor terkesan disebabkan hakisan ombak kecuali kawasan yang mempunyai pulau

Terdahulu pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang telah memohon  peruntukan khas untu , penyuburan pantai (beach nourishment) dan lampu suar (beacon light). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here