Datuk Seri M Saravanan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Maimunah Mohd Sharif, Timbalan Menteri Perpaduan, Saraswati Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan bersama jawatankuasa hadir bermesyuarat sebelum kata putus dicapai.

KUALA LUMPUR – Isu kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai apabila pihak pengurusan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setuju untuk memindahkannya ke lokasi baharu yang terletak kira-kira 50 meter dari tapak asal.

Perkara itu diumum Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan melahirkan rasa penghargaan dengan usaha semua pihak berwajib bagi penyelesaian dalam isu tersebut.

Menurut Saravanan, kawasan baharu itu masih terletak di Jalan Munshi Abdullah dan akan dijadikan tapak tetap bagi kuil berkenaan.

“Tapak ini akan diwartakan atas nama kuil itu sendiri. Para penganut Hindu gembira dengan keputusan ini kerana kuil akan terus berada dalam kawasan Jalan Masjid India.

“Kuil sedia ada pula dibenarkan beroperasi seperti biasa sehingga kuil baharu siap dibina,” katanya kepada kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/25/tapak-setara-saiz-kuil-sedia-ada-50-meter-dari-lokasi-asal/

Terdahulu, Saravanan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Maimunah Mohd Sharif, Timbalan Menteri Perpaduan, Saraswati Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan bersama jawatankuasa hadir bermesyuarat sebelum kata putus dicapai.

Dalam pada itu, kata Saravanan, keputusan yang dicapai bersama DBKL mendapat sambutan baik daripada jawatankuasa kuil dan penganut Hindu yang terlibat hari ini. -MalaysiaGazette

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah ke tapak baharu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast