KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mewah di Kilometer 2 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berhampiran simpang di Taman Kota Intan itu berlaku pukul 10 malam.

“Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Peugeot dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dalam perjalanan dari arah Taman Kota Intan menghala ke arah Johor Bahru telah berhenti di simpang Taman Kota Intan.

“Tiba-tiba datang motosikal ditunggang 35 tahun dari arah Johor Bahru menghala ke arah Kota Tinggi telah melanggar bahagian sisi sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan tersebut, penunggang motorsikal  Mohd Asnawi Saleh cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa katanya, dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat manakala pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang lima tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here