KULAI – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di kilometer 23 Lebuhraya Utara-Selata, arah selatan di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komosioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan pada jam 12.30 tengah malam itu melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang seorang remaja berusia 18 tahun hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun.

“Ia menyebabkan mangsa yang sedang menunggang motosikal dari arah belakang gagal mengelak dan terlanggar motosikal yang terjatuh di atas jalan.

Katanya, akibat perlanggaran itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini

Seorang lagi penunggang motosikal ujar beliau, hanya mengalami kecederaan ringan bahagian muka dan kaki.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Mohamad Firdaus bin Mustaffa 011-26081008 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here