Foto FB Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA – Sebanyak 723 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Aiditfitri sedang dilaksanakan di seluruh negara sehingga 30 Mac ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Datuk Armizan Mohd Ali berkata, siri itu akan lebih kerap dijalankan pada minggu terakhir Ramadan ini.

Menurut beliau, ia bagi memberi peluang kepada para pengguna untuk mendapat barangan keperluan atau persiapan hari raya pada harga 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

“Kita mendapat sambutan cukup baik sebab kita atur sebanyak mungkin siri PJRM ini di seluruh negara khususnya di golongan sasar dan akan menambah lebih kekerapannya.

“Kita harap dengan adanya program ini dapat meringankan beban masyarakat menjelang Syawal.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan mengadakan lawatan jualan rahmah untuk memantau harga jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Program Ihya Ramadan KPDN di sini hari ini.

Penganjuran siri PJRN bermula dari 17 lalu bagi membantu masyarakat mendapatkan barangan persiapan perayaan dengan harga lebih rendah.

Mengulas lanjut, Armizan kekangan dihadapi KPDN untuk memperbanyakkan jumlah PJRM di seluruh negara namun yakin dapat melaksanakannya dengan pembabitan semua pihak berkaitan.

“Walaupun kita melaksanakan dengan bantuan pasar raya dan vendor tetapi kita perlu juga ada pegawai di sana yang mengesahkan penjualan untuk memastikan tuntutan subsidi itu adalah berdasarkan kepada penjualan.

“Jadi untuk menambah jumlah PJRM ini, saya sudah minta mereka (pegawai KPDN) untuk fikirkan kaedah walaupun pegawai kita pun sibuk juga membuat persiapan (Aidilfitri),” katanya.

Pada majlis sama, Armizan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu 34 mesin dialisis bernilai RM1.3 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Melalui sumbangan ini, SSM mengagihkan 28 mesin dialisis kepada hospital serta klinik terpilih dan enam unit lagi kepada Pusat Dialisis Waqaf An-Nur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here