Mohamadou Sumareh (kanan). Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Senarai 23 pemain skuad Harimau Malaya untuk aksi menentang Nepal tular di media sosial khususnya di platform WhatsApp beberapa jam sebelum sepak mula kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bermula 10 malam ini.

Ia menyaksikan tujuh pemain digugurkan bagi membolehkan 23 pemain terbaik daripada 30 pemain yang menjalani kem latihan di sini sejak 17 Mac lalu bagi perlawanan pertama Kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Antara digugurkan oleh pengendali negara, Peter Cklamovski adalah Mohamadou Sumareh selepas posisi sayap kanan dibanjiri ramai pemain berbakat lain terutamanya Arif Aiman Hanapi serta tonggak pertahanan yang kerap naik membantu seperti Dion Cools dan Quentin Cheng mampu mengisi bahagian itu.

Gabriel Palmero. Foto Facebook FAM.

Paling mengejutkan ketiadaan nama pemain warisan baharu skuad negara, Gabriel Palmero yang tidak berada dalam senarai akhir sekali gus peminat terpaksa melupakan hasrat untuk melihat kemampuan pemain kelahiran Sepanyol berusia 23 tahun itu.

Nama lain yang digugurkan adalah ‘jeneral’ tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa serta penjaga gol kacukan dari kelab sama, Christian Abad yang turut diketepikan untuk memberi laluan kepada penjaga gol senior Syihan Hazmi, Kalamullah Al Hafiz dan Haziq Nadzli.

Baki adalah pemain muda babitkan Safwan Mazlan, Ahmad Zikri Khalili dan Muhammad Haqimi Azim tidak akan bersama pasukan malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast