Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025 sebagai cuti peristiwa atau Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri 1446 Hijrah.

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan di Facebooknya, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri ada mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan pada 30 Mac ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here