Antara penerima sumbangan MAPIM di utara Semenanjung baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) bersama MAPIM Rangers menghulurkan sumbangan kepada 15 keluarga asnaf, pesakit kronik dan anak-anak yatim di tiga kawasan di utara Semenanjung, baru-baru ini.

Penyerahan misi bantuan itu diketuai Bendahari MAPIM, Hidayat Abdullah dengan antara kawasan yang dikunjungi iaitu Pokok Sena, Changlun dan Jitra di Kedah.

Bantuan diagihkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan 450 kotak sumbangan yang disalurkan oleh pasukan MAPIM Rangers kepada komuniti yang terpilih.

Menurut Hidayat, misi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu golongan memerlukan, terutama mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana dapat melaksanakan amanah ummah ini dengan baik. Setiap sumbangan yang diberikan adalah hasil keprihatinan masyarakat, dan kami hanya menjadi perantara untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya dalam kenyataan.

Program turut mendapat sokongan daripada beberapa individu dan organisasi bagi membantu memastikan kelancaran misi dalam menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Misi bantuan ini akan diteruskan di lokasi lain dalam masa terdekat bagi memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan mendapat manfaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here