Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan pembinaannya dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion.

Kementerian Pendidikan berkata, sehingga bulan Mac 2025, sebanyak 739 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya.

Ia merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Manakala sebanyak 203 projek lagi sedang dalam pembinaan dan 233 projek lagi berada pada peringkat prabina.

Menurutnya, kerajaan telah meluluskan pembinaan sebanyak 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara pada tahun ini.

Ia merupakan jumlah kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.

“Kementerian Pendidikan proaktif memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara dan berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast