Datuk Dr. Amin Senin

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin dilantik sebagai Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pelantikan selama tempoh dua tahun itu berkuat kuasa 3 Mac lalu sehingga 2 Mac 2027.

Sementara itu, Amin melahirkan penghargaan kepada UUM atas kepercayaan melantik beliau ke jawatan tersebut.

“Insya-Allah dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedikit ini, saya berusaha memberikan sumbangan yang termampu untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Amin pernah menjawat jawatan Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selain merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023-2025.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains dan Pendidikan dalam bidang Matematik dari Universiti Sains Malaysia (USM); Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Doktor Falsafah (Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun apabila mula menyertai perkhidmatan pendidikan pada 1 Ogos 1984. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast