Nadia dan bapanya, Rahim Razali.

KUALA LUMPUR – Anak kepada seniman Datuk Rahim Razali, Nadia Rahim mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat pada usia 86 tahun, sekali gus menepis berita palsu yang tular mendakwa telah meninggal dunia.

Nadia, 53, berkata, khabar tiada asas tersebut sengaja disebarkan beberapa platform laman sosial yang membuatkan orang ramai salah sangka.

“Kepada semua rakan-rakan dan keluarga, khabar angin mengenai kematian papa saya telah menular dengan begitu banyak di beberapa platfrom kononnya ‘portal berita’.
“Saya mohon anda semua tidak meletakkan kepercayaan terhadapnya kerana khabar itu 100 peratus adalah palsu,” katanya dalam hantaran di media sosal.

Pada hantaran sama, Nadia berharap semua pihak berhenti menyebarkan berita palsu yang menjejaskan emosi keluarganya.

“Berhenti menyebarkan kenyataan yang salah kerana telah menyebabkan ada kalangan keluarga saya baik dari sebelah papa (ayah) mahu pun ibu bersedih.

“Papa saya ada di rumah bersama kami. Masih hidup dan sihat, syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin mengenai pemergian Rahim menjadi topik perbincangan ramai di beberapa platform media sosial.

Rahim yang mula bergiat aktif dalam arena lakonan sejak 1960 pernah menjadi pengulas Sukan Olimpik yang disiarkan RTM sebanyak lima kali dan Bola Sepak Piala Dunia sebanyak enam kali.

Antara filem arahan Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-2 itu adalah Abang (1981); Pemburu (1982); Matinya Seorang Patriot (1984); Tsu Feh Sofiah (1985); Puteri (1987); Anak Sarawak (1989); Rentak Desa (1990) dan Abang 1992 (1993). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here