Ong Chuan Jin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan pamer darjah kebesaran negeri Pahang yang palsu.

BUTTERWORTH – Bekas calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN 15) kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Jermal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mempamerkan gelaran darjah kebesaran Negeri Pahang yang palsu, pada Mei 2022.

Tertuduh, Ong Chuan Jin, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga Pengerusi Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kesejahteraan Universal Malaysia itu didakwa telah mempamerkan gelaran darjah kebesaran negeri Pahang di bahagian depan dan belakang kad nama miliknya sedangkan tiada sebarang darjah kebesaran dan pingat dianugerahkan kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediamanya di Jalan Raja Uda, di sini, jam 1 tengah hari pada Mei 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran Dan Augerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 [Enakmen No.18 2017] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin menawarkan jaminan RM30,000.

Bagaimanapun, peguam yang diwakili tertuduh, Ong Chian Wen dalam mitagasi rayuannya mohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja serta mempunyai tanggungan isteri serta tiga orang anak.

“Malah, anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik ketika pihak polis menjalankan siasatan selain hadir sendiri ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan dan ini secara langsung menunjukkan risiko untuk dia melarikan diri tidak wujud,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 29 April depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here