Bangunan Bursa Malaysia Berhad di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada 31 Mac (Isnin) dan 1 April 2025 (Selasa) jika Hari Raya pertama jatuh pada hari berkenaan.

Ia akan beroperasi semula pada 2 April 2025.

Namun, seandainya hari pertama Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 1 April 2025 (Selasa) dan hari kedua pada 2 April 2025 (Rabu), pasaran sekuriti dan derivatif akan beroperasi di bawah waktu dagangan biasa pada 31 Mac 2025 (Isnin).

Walau bagaimanapun, tidak akan ada sesi T+1 Night Trading untuk pasaran derivatif pada tarikh tersebut.

Menurutnya, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya juga akan ditutup pada 1 April dan 2 April 2025 (Selasa dan Rabu) dan beroperasi semula pada 3 April. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast