Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza berkata, kenyataan Anwar itu adalah sesuatu yang sangat dinantikan dan majoriti rakyat juga berasa lega dengan kenyataan tersebut.

Malah, ujar beliau, kenyataan Anwar itu juga gagal dibuat oleh kebanyakan pemimpin sebelum ini.

“Ia bukan soal menyebelahi sesiapa, tetapi isu ‘rule of law‘.

“Cara tidak bertamadun dan rimba yang mengambil tanah pihak lain sesuka hati atas nama tempat ibadah hendaklah dihentikan.

“Bahkan tanah-tanah kerajaan dan persendirian yang begitu banyak diceroboh di seluruh negara hendaklah dikembalikan kepada empunya,” katanya menerusi catatan di laman Facbook Dr MAZA Channel semalam.

Terdahulu, Anwar bertegas supaya kontroversi tanah yang menempatkan kuil itu dikendalikan mengikut undang-undang dan menjelaskan kuil tersebut didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya sebelum ini mahupun sekarang.

Sehubungan itu, kata Anwar, kuil itu perlu dipindahkan dan menjelaskan kuil tersebut bukan rumah ibadat pertama yang telah dipindahkan atau dirobohkan kerana melanggar undang-undang.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, rakyat berhak bersuara dan menuntut jika ia melibatkan tanah kerajaan, sebaliknya jika ia tanah individu atau syarikat, mereka berhak merobohkannya.

“Bukan itu sahaja, penceroboh juga hendaklah dikenakan tindakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here