Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang jururawat diugut dan diperdaya pihak ‘scammer’ sehingga mengalami kerugian sebanyak RM144,000 dalam kejadian di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa, seorang perempuan berumur 39 tahun, telah menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 18 Januari 2025.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima satu laporan berkenaan mangsa yang mengalami kerugian setelah terpedaya dengan penipuan atas talian.

“Suspek telah memaklumkan bahawa akaun bank mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun suspek menafikan dakwaan tersebut, namun suspek mengarahkan mangsa untuk membuat laporan polis bagi tujuan siasatan.

Katanya, mangsa kemudian dipaksa mengaku kesalahan tersebut dan diugut bahawa tangkapan akan dibuat.

“Mangsa telah membuat pemindahan wang ke dalam tiga akaun bank sehingga mengalami kerugian sebanyak RM144,000,” jelasnya.

Menurutnya, mangsa mula berasa curiga setelah wang tidak dikembalikan bagi tempoh yang lama.

Yahaya berkata, sumber wang yang diperoleh mangsa adalah daripada wang simpanan milik mangsa sendiri serta pinjaman peribadi dari bank.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan panggilan yang mencurigakan terutamanya dari individu yang tidak dikenali terutamanya melibatkan arahan pemindahan wang atau pengesahan maklumat peribadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast