Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Berbuka Puasa Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 26 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada pengurusan Felda untuk mengemukakan pelan hala tuju dan pendekatan baharu bagi agensi berkenaan.

Beliau menegaskan, pelan itu bertujuan mengangkat martabat Felda serta semua agensi dan anak syarikatnya yang memerlukan lonjakan untuk berada di landasan ampuh.

Katanya, pelan terbabit juga akan menjadi persediaan berdepan kemungkinan keadaan lebih mencabar susulan perkembangan geopolitik semasa, walaupun unjuran permintaan sawit ketika ini berada pada tahap lebih baik.

“Saya beri tempoh satu bulan untuk pengurusan kemukakan, pastikan Tan Sri Wahid (Tan Sri Wahid Omar), pakar-pakar, pastikan seluruh kekuatan jentara baik kerajaan, kewangan untuk pastikan kita puas hati dengan pendekatan baru, hala tuju baharu.

“…. supaya dalam masa singkat, kita beri keyakinan ratusan ribu peneroka kita sekarang dah sampai tahap lonjakan itu amat perlu,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, di Menara Felda di sini, hari ini.

Hadir sama menghadiri majlis tersebut Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Bursa Malaysia merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda, Tan Sri Abdul Wahid Omar; pimpinan kanan Felda serta anak syarikat dan wakil-wakil peneroka.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus menyokong Felda dan pada masa ini peruntukkan sehingga RM1 bilion diberi setiap tahun kepada agensi itu meneruskan operasinya dalam memastikan kebajikan peneroka terjaga.

“Kita mesti dalam masa yang singkat, mengukuhkan keyakinan dalam kalangan ratusan ribu peneroka Felda bahawa masa telah tiba untuk kita membuat lonjakan yang sangat diperlukan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here