KUALA LUMPUR – Semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi sama ada prabayar atau pascabayar warga tempatan akan menerima tambahan kuota data minimum 5GB pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan memaklumkan, tambahan kuota data menerusi insentif rebat RAHMAH itu sah bagi tempoh minimum 24 jam.
Kataya, ia tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu CelcomDigi; Maxis; U Mobile; TM Tech; YTL Communications; Pavo Comms; Tune Talk; redone, REDtone dan XOX Com.
“Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrar Kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Tambah kenyataan itu, maklumat lanjut mengenai insentif tersebut akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomuikasi.
Sementara itu, katanya, senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi melalui pautan hhtps: www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq. – MalaysiaGazette