Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor tekun sewaktu membaiki dan menukar minyak hitam motosikal pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025.

Realiti hidup di tengah kota bagi seorang anak muda bukan lah semudah yang disangka, namun ia juga bukan lah penghalang kepada Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor untuk keluar mencari rezeki dengan menggunakan kudrat yang ada.

Biarpun dalam bulan Ramadan, beliau yang lebih mesra dipanggil Usop dengan ditemani anaknya tetap meneruskan pekerjaan sepenuh masanya sebagai mekanik jalanan.

Demi menyara hidup dan berbekalkan motosikal yang ada, Usop memberikan perkhidmatan tukar minyak hitam dengan servis berkualiti secara terbuka di sekitar Petaling Jaya.

Konsep yang unik ini menarik minat pelanggan untuk mendapatkan servis tanpa perlu ke bengkel, menjadikan perkhidmatan ini lebih mudah dan menjimatkan masa.

Beroperasi dari 2 petang hingga 9 malam, perniagaan ini bermula sebagai kerja sambilan sebelum berkembang menjadi sumber pendapatan sepenuh masa. Pendekatan beliau juga bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan tetapi turut membuka peluang kepada lebih ramai usahawan untuk meneroka perniagaan dari pelbagai aspek.

Menjelang Aidilfitri, Usop dapat membuat servis yang menggalakkan bagi pelanggan yang menggunakan motosikal untuk ke kampung halaman. Ianya sedikit sebanyak memberi sinar dan rezeki kepada anak muda ini untuk menampung isterinya yang masih dalam pantang dan dapat membeli barangan keperluan keluarga bagi menyambut Hari Raya 2025 ini dengan lebih bermakna.

Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor bergambar bersama anaknya, Mohd Daniey Mohd Yusof semasa membuat persiapan sebelum berbuka puasa ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025.

Anak Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Daniey Mohd Yusof membuat persiapan awal pada tempat berbuka puasa ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 25 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor membuat siaran lansung ketika berbuka puasa bagi mempromosikan servis motosikal di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor memeriksa dan menambah barangan untuk persiapan sebelum memulakan pekerjaan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025

Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor bersama anaknya, Mohd Daniey Mohd Yusof menaiki motosikal mencari tempat yang sesuai ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor mengeluarkan barangan keperluan bagi menyediakan servis motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor dibantu anaknya, Mohd Daniey Mohd Yusof mengira dan menyusun barangan sebelum memulakan servis motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor tekun sewaktu membaiki dan menukar minyak hitam motosikal pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025.
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor mengisi minyak hitam yang baharu ke dalam motosikal pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor tekun sewaktu membaiki dan menukar minyak hitam motosikal pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025.
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor turut mempromosi secara live servis motosikal pelanggan di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 25 MAC 2025
Anak Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Daniey Mohd Yusof, bermain telefon bimbit sementara menunggu ayahnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Gelagat orang ramai menunggu giliran untuk membaiki motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 25 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor tekun sewaktu membaiki dan menukar minyak hitam motosikal pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025.
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor dibantu anaknya, Mohd Daniey Mohd Yusof menyimpan semula barangan selepas selesai membuat servis motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor menyimpan semula barangan selepas selesai membuat servis motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor bersama anaknya, Mohd Daniey Mohd Yusof membersihkan kawasan sekitar selepas selesai membuat servis motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025
Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor mesra bersama anaknya, Mohd Daniey Mohd Yusof selepas selesai membuat servis motosikal ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here