Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) telah membuat pindaan klausa mengenai kehamilan dalam kontrak atlet wanita iaitu atlet hamil kini boleh menyertai program latihan, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Namun katanya segala aktiviti perlu bergantung kepada keupayaan atlet berkenaan.

“Sebelum ini dalam kontrak, atlet mengandung latihan akan dihentikan, tetapi sekarang ini dalam kontrak kita telah membuat pindaan dan menggugurkan klausa bahawa atlet disahkan hamil tidak boleh mengikut latihan. Tetapi perlu ikut keupayaan atlet tersebut.

“Contoh atlet mengandung mungkin adalah atlet memanah dan latihan berbanding dengan atlet biasa berbeza. Oleh itu MSN akan menilai setiap kes untuk menjadikan klausa ini lebih mesra wanita,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Taska Team MAS di Institut Sukan Negara (ISN) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata kontrak atlet wanita juga ditambah baik dengan memasukkan kelayakan cuti tahunan sebanyak tujuh hari, cuti kecemasan (tujuh hari) selain memberi cuti materniti tujuh hari bagi atlet lelaki.

Katanya langkah itu bagi memastikan sistem sokongan sukan negara lebih mesra kepada atlet wanita selain memudahkan mereka menjalani karier sebagai atlet negara meskipun sudah berkeluarga.

Terdahulu, Hannah merasmikan Taska Team MAS yang merupakan inisiatif memperkukuh sokongan kebajikan kepada atlet, jurulatih dan warga agensi sukan di KL Sports City.

Taska Team MAS bukan sekadar pusat penjagaan kanak-kanak tetapi juga simbol komitmen KBS dalam membantu golongan atlet dan kakitangan sukan menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan tanggungjawab keluarga, katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here