KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Begitulah rezeki buat seorang pegawai korporat, Razlan Rahim.
Siapa sangka hanya dengan membeli pengelap cermin Trapo, dia berjaya memenangi sebuah kereta jenama BYD Dolphin serta beberapa produk Trapo yang bernilai kira-kira RM112,000 baru-baru ini selepas berjaya meneka berat balang dengan tepat.
Razlan membelanjakan sebanyak RM4,027.40 membeli pengelap cermin dan pelbagai produk Trapo bagi menaik taraf keretanya dan hadiah yang diterima adalah perkara yang tidak disangka-sangka.
Proses pemilihan pemenang dilakukan secara dua peringkat menerusi platform luar talian dan dalam talian berkumpul dan 10 finalis dipilih melalui sistem cabutan berformula pihak ketiga.
Finalis kemudian mengambil bahagian dalam permainan Meneka, di mana mereka perlu meneka berat sebuah balang yang dipenuhi kepingan karpet kereta EVA Trapo.
Pemenang ditentukan berdasarkan anggaran yang paling tepat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee berkata, hadiah BYD Dolphin adalah sebagai tanda menghargai pelanggan setia Trapo yang sentiasa memberi sokongan berterusan.
“Pertandingan ini adalah cara kami untuk memberikan kembali kepada pelanggan yang bersama kami selama ini. Kami ingin meraikan mereka yang setia dengan Trapo dengan menawarkan hadiah yang luar biasa.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami menyediakan penyelesaian automotif berkualiti tinggi sambil mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti pelanggan.” katanya yang berbangga Trapo menjadi pengeluar aksesori kereta buatan tempatan pertama di Malaysia. – MalaysiaGazette