Gambar hiasan

BANGKOK – Industri automotif Thailand diminta bersedia menghadapi impak daripada langkah timbal balik tarif Amerika Syarikat yang berkuatkuasa bulan depan.

Pusat Penyelidikan Kasikorn berkata, impak tersebut pastinya akan menambah lagi tekanan terhadap sektor automotif.

Katanya, Presiden Donald Trump terus komited untuk melaksanakan kadar tarif timbal balas baharu bagi industri-industri tertentu menjelang 2 April ini.

Langkah itu dijangkan meningkatkan lagi ketegangan dagangan global dan dan memberi kesan kepada pelbagai industri di Thailand termasuk sektor automotif.

Sehubungan itu, kesemua pemegang taruh berkaitan kerajaan dan swasta diminta memantau perkembangan dan merangka strategi sepatutnya dalam menghadapi persekitaran perdagangan yang mencabar itu, kata Pengarah Urusan K-Research, Burin Adulwattana.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast