Mohd Alwi menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Majlis Advokasi Ops Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) hari ini.

JURU – Polis Pulau Pinang akan meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan di lapan lokasi ‘hotspot’ kerap berlaku kemalangan maut tertinggi serta kesesakan di negeri itu sepanjang pelaksanaan Op Selamat 24 bermula esok hingga 3 April.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pemantauan berterusan dilakukan bagi memudahkan pergerakan aliran lalu lintas sekiranya berlaku kemalangan atau kesesakan luar biasa.

Jelas beliau, lapan kawasan tersebut melibatkan lima daerah utama di negeri ini iaitu Jalan Teluk Air Tawar – Jalan Bagan Luar bagi daerah Seberang Perai Utara, Jalan Perusahaan Perai – Jalan Kulim (Seberang Perai Tengah) dan Jalan Besar Simpang Empat antara Kilometer 12- Kilometer 32 (Seberang Perai Selatan).

Mohd Alwi.

Manakala bagi daerah Timur Laut di lokasi dikenal pasti Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu – Jalan Ayer Itam dan Jalan Ayer Itam – Paya Terubong;  dua juga di Daerah Barat Daya, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang serta Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Pada tahun 2024, sebanyak 777 kes kemalangan direkodkan semasa Op Selamat manakala 681 kes pada 2023.. jadi kita harap menerusi pemantauan lebih ketat tahun ini jumlah kemalangan itu dapat dikurangkan.

“Selain itu, penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan jumlah kemalangan serta kematian tertinggi di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Advokasi Sempena Op Selamat 2025 di Plaza Tol Juru (arah utara) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Alwi berkata, tindakan penguatkuasaan juga akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang ingkar atau melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Kita akan memberi perhatian kepada kesalahan yang sering menyebabkan kemalangan, antaranya memandu laju, menggunakan telefon bimbit, memotong garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat dan memotong barisan.

ARTIKEL BERKAITAN

2.6 juta kenderaan dijangka masuk P.Pinang, hanya 10 peratus polis cuti raya

“Kesalahan ini kerap berlaku terutama di lebuh raya. Oleh itu, pemantauan akan diperketat bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri,” katanya.

Op Selamat 24 akan dikuatkuasakan bermula 29 Mac hingga 3 April, dengan fokus kepada keselamatan jalan raya serta pencegahan jenayah di kawasan kediaman yang ditinggalkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here