Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei. Foto Facebook MSN.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan dipisahkan berikutan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini.

Pemangku Presiden BAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Prestasi, Datuk V Subramaniam, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan selepas perbincangan terperinci.

“Kami telah menerima laporan dan cadangan akhir daripada Nova (Widianto) dan Rexy (Mainaky).

“Pasangan ini akan dipisahkan untuk kejohanan akan datang. Kami juga bersetuju untuk memberi masa kepada jurulatih bagi mencuba kombinasi baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sejak digandingkan pada hujung 2022, Tang Jie-Ee Wei berjaya meraih tiga gelaran Jelajah Dunia BWF iaitu Masters Orleans 2023, Terbuka Taiwan 2023, dan Terbuka Korea 2024.

Mereka pernah mencapai ranking tertinggi dalam karier apabila berada di tangga ketiga dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here