Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan kawasan 16 kilometer (km) di utara barat laut Sagaing, Myanmar awal hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa yang berada pada kedalaman 10.0 km, pada mulanya ditentukan pada 22.01 darjah latitud utara dan 95.92 darjah longitud timur.
Gempa itu menyebabkan “kerosakan besar” kepada beberapa bangunan termasuk tembok kubu Istana Mandalay. Manakala struktur di Wilayah Mandalay mengalami keruntuhan manakala beberapa jalan yang menghubungkan Mandalay dan Yangon turut rosak atau terhalang, mengganggu pergerakan pengangkutan.
Gegaran kuat turut dirasai di ibu negara Nay Pyi Taw dan bandar terbesar, Yangon. Beberapa sekolah dan bangunan pejabat di Nay Pyi Taw dilaporkan runtuh.
Thailand dan Hanoi, ibu negara Vietnam melaporkan gegaran kuat turut dirasai di kawasan berkenaan.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengisytiharkan darurat di Bangkok.
Sebuah bangunan 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di ibu negara Thailand, mengakibatkan seorang maut dan menyebabkan 43 yang lain hilang.





