Sebenarnya Raya itu dicipta oleh Choky Nainggolan dan lirik oleh Rayme Zainal.

KUALA LUMPUR – Percubaan berani menghasil lagu raya nyanyian duet penyanyi Rayme Zainal bersama radio Suria FM, Feeya Iskandar atau mesra disapa Cik Piah berjudul  Raya Sebenarnya membuahkan hasil apabila muzik videonya (MV) menerima maklum balas positif pendengar.

Tanpa disangka apabila MV lagu berkenaan sudah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan sejak awal Ramadan di Youtube.

Menurut Rayme, beliau terharu kerana masyarakat boleh menerima lagu itu berentak kemelayuan pop berbanding trend lagu raya baharu ketika ini yang lebih rancak dan moden.

Dia yang pernah menyertai pertandingan realiti TV All Together Now pada tahun 2022 menambah, Sebenarnya Raya itu dicipta oleh Choky Nainggolan dan lirik oleh dirinya sendiri.

“Lagu ini disuntik dengan elemen pop supaya mudah diterima oleh semua di mana mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif untuk menyambut Aidilfitri.

“Muzik video lagu itu diadakan di Klang, Selangor selama sehari yang turut meriah oleh ramai pempengaruh dalam menimbulkan mood untuk beraya.

“Namun tiadalah istilah syok sendiri untuk mengambil kesempatan menyanyi lagu tema ini secara namun penglibatan saya hanyalah sebagai antara momen penting dalam kerjaya seni.

“Malah rakan duet iaitu Cik Piah juga seorang penyanyi berbakat besar walaupun dia penyanyi namun lakonan dalam muzik menunjukkan dia seorang anak seni yang serba boleh,” katanya yang lagi.

Sebenarnya Raya juga melakar sejarah apabila merupakan lagu tema dan MV sempena Bazar Aidilfitri Anjung Syawal di mana buat pertama kali diperkenalkan sejak dianjurkan 13 tahun lalu.

Nakshah itu turut dimuatkan di dalam EP lagu raya berjudul Simfoni Anjung Syawal dan boleh didengari di semua digital platform muzik ketika ini manakala video muzik boleh ditonton di laman YouTube rasmi Rayme Zainal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here