KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki parah selepas dilanggar ketika melintas Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Kepong.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kemalangan tersebut berlaku jam 8.20 malam semalam.
“Semasa melintas, mangsa telah dilanggar sebuah kereta jenis Mazda CX5 yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 28 tahun.
“Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
ACP Noor Ariffin berkata kes kiji disiasat di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.
Tambah beliau, orang ramai yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Amira binti Abu Hassan di talian 019-6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette