Program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Gegar, Fizie Roslan menghargai pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus terlibat dengan operasi memadam kebakaran hutan di Pekan, Pahang baru-baru ini.

Menerusi Instagram miliknya, Fizie meluangkan masa dan melawat lokasi kejadian itu di Cenderawasih sambil membawa juadah berbuka puasa yang diedarkan kepada kira-kira 150 anggota terbabit termasuk pasukan sukarelawan.

“Saya terfikir dalam kita semua sibuk di bazar Ramadan dan bersama keluarga tapi abang-abang bomba ini semua bertungkus lumus berusaha memadam kebakaran.

“Bayangkan dalam keadaan panas dan bulan puasa mereka tetap komited meneruskan operasi, bagi saya bukan satu kerja mudah.

“Saya memang tergerak hati dan ajak isteri serta ibu mertua untuk turun sendiri ke lokasi untuk memberikan sedikit penghargaaan dan tanda sokongan kepada usaha mereka,” katanya dalam satu rakaman video di media sosial miliknya di sini.

Fizie berbuka puasa bersama anggota bomba.

Selain Fizie yang juga duta Mammy Mineral Essence, turut hadir pengasas produk itu iaitu Hasmah Mohamad bersama isterinya, Fatin Syarmimi Izzati Mohd Idris yang meluangkan masa berbuka di lokasi kebakaran bersama anggota bomba bertugas.

Kunjungan itu juga sebahagian dari program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang di bawah seliaan Pengerusinya, Suraya Jusoh.

Pengarah Bomba Pahang, Mohd Razam Taja Rahim yang berada di lokasi melahirkan rasa terima kasih kepada Fizie yang prihatin dengan anggotanya.

“Kita berterima kasih dengan kehadiran Fizie dan Puan Hasmah yang sudi melawat kami dan berkongsi rezeki berbuka puasa serta sedikit sebanyak membuatkan anggota seronok,” katanya.

Sementara itu, Hasmah yang lebih mesra disapa Mammy berkata, dirinya terharu mengenangkan pengorbanan anggota bomba berkenaan yang tidak dapat berbuka bersama keluarga. – MalaysiaGazette

membawa juadah berbuka puasa yang diedarkan kepada kira-kira 150 anggota terbabit termasuk pasukan sukarelawan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here