Fadzil Ismail.

KUALA LUMPUR – Seoarang usahawan produk kopi tanpa bancuh meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan beberapa artis dan pempengaruh yang telah dilantik sebagai wajah untuk mempromosikan produk keluarannya jenama Liquffe.

Fadzil Ismail terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM500,000 apabila komitmen yang sepatutnya dilaksanakan selebriti itu tidak diselesaikan seperti yang dijanjikan

“Siapa artis itu, biarlah saya tidak umumkan di sini dan rasanya ada pihak media yang kenal artis itu yang sebelum ini terlibat secara langsung mempromosi produk Liquffe.

“Saya tidak berniat mahu mengaibkan atau memalukan sesiapa namun cukup apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan mungkin pengasas produk lain yang melalui situasi yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Fadzil yang mengasaskan produk Liquffe pada tahun 2023 mengakui serik untuk menggunakan lagi khidmat selebriti untuk mempromosikan produknya pada masa akan datang.

“Memang saya serik untuk guna khidmat selebriti kerana saya tahu bukan semua selebriti cuai jalankan tanggungjawab sebagai wajah atau duta produk yang diwakilinya.

“Namun, buat masa ini biarlah saya sendiri turun padang mempromosikan produk kopi tanpa bancuh sendiri.

“Bukan mudah untuk memulakan bisnes Liquffe ini kerana pelbagai dugaan yang saya lalui dan hanya Allah yang tahu betapa ‘sakitnya’ saya untuk menghasilkan produk ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fadzil bertekad bangkit semula sempena tahun 2025 ini dan menjadikan pengalaman lalu sebagai penguat semangat.

“Dalam bisnes ini, saya tidak boleh nak pandang ke belakang lagi. Apa yang jadi, biarlah berlalu dan saya mahu buka buku baharu.

“Sejujurnya daripada hati saya, tiada sekelumit dendam pun terhadap selebriti itu. Apa yang dia pernah lakukan untuk Liquffe dulu, saya ucapkan terima kasih,” katanya yang mahu memberi fokus mencari ejen di TikTok Liquffe Malaysia.

Berkongsi tentang Liquffe, Fadzil berkata, ejen tidak perlu risau kerana kopi cecair itu menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan serta mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.

Menurut Fadzil lagi, penyelidikan telah dijalankan selama tiga bulan di mana banyak berlaku penapisan kerana mahu menghasuilkan rasa kopi yang terbaik dan tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here