Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barang bagi minggu akhir persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Saban tahun Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini sentiasa menjadi tarikan dan pilihan orang ramai untuk mencari kelengkapan bagi persiapan hari lebaran, apatah lagi di saat akhir.

Walaupun kurang 48 jam lagi ibadah puasa bakal berakhir, namun orang ramai masih dilihat berpusu-pusu ke pusat beli-belah dan bazar Aidilfitri untuk mencari perhiasan diri, pakaian baharu serta kuih raya yang menawarkan potongan harga.

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barang bagi minggu akhir persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 MAC 2025

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, kawasan sekitar pusat perniagaan itu hanya mula dipenuhi orang ramai pada waktu tengah hari berbanding awal pagi yang masih lenggang meskipun pada hari hujung minggu.

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barang bagi minggu akhir persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 MAC 2025

Kedai tekstil yang menjual pakaian dan kelengkapan wanita termasuk baju kurung, tudung, shawl, anak tudung serta perhiasan diri seperti kerongsang, pin dan klip menjadi tumpuan golongan hawa.

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barang bagi minggu akhir persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 MAC 2025

Manakala gerai yang menjual songkok, samping dan baju Melayu menjadi tumpuan golongan Adam baik dewasa mahupun kanak-kanak bersilih ganti mencuba sebelum membeli mengikut keperluan masing-masing.

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barang bagi minggu akhir persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 MAC 2025

Menariknya biskut dan kuih raya juga masih boleh didapati di Bazar Aidilfitri Jalan TAR, tidak kurang ada peniaga-peniaga yang menjual makanan itu pada harga runtuh serendah RM50 untuk tiga bekas.

Selain itu, menariknya Bazar Aidilfitri Jalan TAR juga didatangi beberapa maskot haiwan yang mengenakan bayaran serendah RM5 untuk mengambil gambar bersama ikon kanak-kanak itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here