Dorival Junior. Foto Sky Sports.

RIO DE JANEIRO – Brazil membuat keputusan drastik apabila memecat ketua jurulatih, Dorival Jr, selepas dibelasah Argentina 4-1 dalam aksi kelayakan di Buenos Aires, kata konfederasi bola sepak (CBF) negara itu.

Pengendali berusia 62 tahun itu dilantik pada Januari 2024 mengendalikan juara dunia lima kali itu.

Ia  selepas dua jurulatih sementara mengisi jawatan berkenaan dalam tempoh setahun susulan kegagalan badan induk bola sepak Brazil mendapatkan khidmat Carlo Ancelotti dari Real Madrid.

“Konfederasi Bolasepak Brazil ingin memaklumkan yang jurulatih Dorival Jr tidak lagi memegang pasukan kebangsaan Brazil.

Dorival dilantik selepas kejayaannya bersama Flamengo pada tahun 2022 yang menyaksikan kelab Brazil itu memenangi Copa Libertadores dan Piala Brazil, trofi yang sekali lagi dijulangnya bersama Sao Paulo pada tahun berikutnya.

Namun perjalanan bersama pasukan kebangsaan tidak begitu lancar buat Dorival yang hanya memenangi tujuh daripada 16 perlawanan di bawah dikendalikannya.

Prestasi Brazil tidak menentu sepanjang dua tahun lalu sejak tersingkir di suku akhir Piala Dunia 2022 di tangan Croatia menerusi penentuan penalti dengan Tite dipecat sebagai pengendali.

Kekalahan 4-1 di tangan Argentina adalah siri rekod buruk terbaru Brazil di bawah tiga pengendali – Ramon Menezes, Fernando Diniz dan Dorival.

Brazil belum pernah dibolosi sehingga empat gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Mereka juga di peringkat terburuk dalam kempen kelayakan Piala Dunia di mana Brazil kini di tangga keempat zon Amerika Selatan pada 21 mata, satu mata di depan Colombia yang berada di tangga keenam untuk slot kelayakan automatik terakhir ke pusingan akhir di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada tahun depan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here