JAKARTA- Menteri Agama Indonesia, NAsaruddin Umar mengumumkan umat Islam di republik itu menyambut Aidilfitri pada Isnin.
Pengumuman itu dibuat selepas selesainya persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Ramadan) yang membabitkan pegawai kementerian, Majlis Ulama Indonesia, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, serta wakil dari kedutaan besar di Indonesia.
Turut hadir Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Shamsuri Ghazali.
Negara dengan majoriti Muslim terbesar di dunia, dengan 87 peratus daripada 282 juta penduduk di republik ini beragama Islam mula berpuasa pada 1 Mac lalu bersamaan 1 Ramadan 1446 Hijrah.
Ia sehari lebih awal berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Kemboja. -MalaysiaGazette