KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya segera meletak jawatan susulan insiden penjual belon yang dikasari penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Penerangannya, Shahrulutfi Sharif berkata, tindakan itu perlu demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan integriti pentadbiran Wilayah Persekutuan.

“Insiden yang melibatkan individu yang dikenali sebagai “Abang Belon” telah mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan masyarakat.

“Video insiden tersebut, yang kini tersebar luas di media sosial, menunjukkan tindakan kasar yang tidak wajar terhadap beliau.

“Kejadian ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan dalam pengurusan pihak berkuasa, tetapi juga menimbulkan persoalan serius mengenai keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran DBKL,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulutfi berkata, Putra percaya bahawa pemimpin yang bertanggungjawab harus bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan dan keputusan mereka.

Jelasnya, kegagalan untuk menangani isu berkenaan dengan telus dan berkesan menunjukkan bahawa perubahan kepimpinan adalah langkah yang perlu diambil segera.

“Demi memastikan keadilan dan ketelusan, Putra menyeru agar Menteri Wilayah Persekutuan meletakkan jawatan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipindahkan dengan serta-merta ke agensi lain,” katanya.

Tambah beliau lagi, Putra akan terus memperjuangkan hak rakyat dan memastikan bahawa setiap isu yang melibatkan kepentingan awam ditangani dengan penuh integriti, beradab, sopan dan keprihatinan berpandukan etika kerja berbudi bahasa.

Beliau turut menyindir, insiden yang berlaku terhadap abang belon adalah lambang Kerajaan Madani yang terhebat. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here