Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, pengorbanan anggota yang sanggup meninggalkan keluarga demi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara sentiasa terpelihara amat dihargai.

“Sekalung penghargaan buat segenap lapisan warga PDRM yang telah menzahirkan komitmen melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan sepanjang bulan Ramadan.

“Sesungguhnya khidmat bakti yang dicurahkan akan beroleh ganjaran dari Yang Maha Esa.

“Tidak dilupakan kepada warga pasukan yang akan bertugas sepanjang musim perayaan ini, ketahuilah sesungguhnya kemeriahan yang dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia adalah atas keringat dan pengorbanan yang meletakkan keutamaan negara mengatasi kepentingan peribadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook PDRM.

Razarudin turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua yang memulakan perjalanan.

“Pastikan anda cukup rehat dan kenderaan diselenggara dengan baik serta berada dalam keadaan selamat untuk dipandu.

“Rancang perjalanan dengan teliti dan sentiasalah bersabar serta berhemah di jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 7,000 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang Op Selamat bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

“Kesemua pegawai dan anggota yang bertugas ini akan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggarnya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here