Ir. Razali Kassim menunjukan sistem e-aduan@JPJ yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya bagi melaporkan salah laku pemandu secara atas talian

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM300,000 untuk pelaksanaan Ops Selamat Bersepadu Negeri Pahang & Program Keselamatan Jalan Raya 2025.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, peruntukan itu bagi mempertingkat keberkesanan kempen keselamatan jalan raya di seluruh negeri Pahang.

”Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Pahang dalam Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang lalu,” katanya ketika merasmikan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Gambang hari ini yang turut disertai oleh Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Jelasnya, program advokasi ini dijalankan selari dengan pelaksanaan Ops Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025,  yang dianjurkan oleh JPJ Malaysia bermula dari 24 Mac 2025 hingga 8 April 2025 di seluruh negara.

Ia dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, terutamanya semasa musim perayaan.

Razali berkata, program berkenaan bertujuan memupuk budaya keselamatan dalam kalangan semua pengguna jalan raya.

”Selain penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JPJ, advokasi ini memainkan peranan penting dalam mendidik pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya,” tambahnya.

Dalam perkembagan sama, orang ramai dinasihatkan untuk membuat aduan salah laku pengguna jalan raya di aplikasi MyJPJ menerusi e-aduan@JPJ supaya dapat melaporkan kesalahan dan diambil segera tindakan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here