ACP Wan Azlan Wan Mamat

KUALA LUMPUR – Gara-gara takut dimarahi teman lelaki, seorang wanita bertindak membuat laporan palsu kononya dia menjadi mangsa ragut dua individu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, wanita tempatan berusia 22 tahun itu bekerja sebagai kerani telah membuat laporan beg tangannya dirampas dari belakang oleh dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal jenis Honda EX5.

Katanya, wanita itu mendakwa, kejadian berlaku di Jalan Batu 14 berdekatan Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong, Selangor pukul 2.39 pagi, tadi.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati kejadian ragut itu tidak berlaku.

“Menurut pengadu, dia membuat laporan polis palsu kerana kad pengenalan dan dokumen penting telah hilang dan pengadu takut dimarah oleh teman lelaki,” katanya menerusi hantaran ringkas di aplikasi Whatsapp, hari ini.

Wan Azlan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan.  – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here