kamil munim
Muhammad Kamil Abdul Munim

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Perdana Menteri menyifarkan tindakan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengasari seorang peniaga belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) malam tadi sebagai perbuatan keji.

Muhammad Abdul Kamil Munim berkata, kekasaran terhadap mangsa tidak boleh diterima, walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Apa sahaja alasan daripada pihak DBKL tidak boleh sama sekali menghalalkan tindakan keji dan biadab seperti itu. Ini bertentangan semangat Ramadan yang seharusnya memperteguh sikap kemanusiaan serta meningkatkan tahap keperibadian.

“Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak memanculkan sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan. Ramadan mesti memperkukuh nilai kemanusiaan dalam diri kita,” tulisnya dalam laman sosial ‘X’ hari ini.

Beliau turut menggesa agar siasatan menyeluruh dan tegas segera dijalankan terhadap mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, video kejadian yang tular di media sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai, dengan rata-rata netizen mengecam tindakan pihak DBKL yang dianggap melampaui batas.

Setakat ini, DBKL masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here