Antara yang ditahan JAIS di sebuah restoran sekitar Subang, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 35 orang individu dicekup tidak berpuasa dalam satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setakat Khamis lalu.

Penolong Pengarah Kanan Unit Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Nor Faisal Mohd. Leman berkata, operasi terbaharu pihaknya ke atas sebuah restoran di sekitar Subang telah menahan 15 orang lelaki yang tidak berpuasa.

“Pemeriksaan dilakukan hasil maklumat yang diterima orang awam bahawa restoran itu telah dijadikan lokasi bagi mereka yang tidak menghormati bulan Ramadan.

“Intipan telah dilakukan selama dua minggu ke atas premis di mana individu telah makan, minum dan menghisap rokok secara terbuka di tempat itu,” katanya hari ini.

Difahamkan antara alasan yang diberikan mereka adalah tidak bersahur atau melakukan kerja-kerja berat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 19 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here