Penjaja belon yang dikasari penguatkuasa DBKL kini dirawat di Hospital Serdang.

KUALA LUMPUR – Abang belon yang dikasari oleh sekumpulan penguat kuasa DBKL di Jalan Tunku Abdul Rahman malam Jumaat lalu menafikan dakwaan dia telah dihalau sebanyak tiga kali sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan dia tulang belakang patah.

“Tak ada, tidak sama sekali. Saya nak jumpa dia orang pun saya takut, kalau saya jumpa dia orang barang saya kena rampas sebab saya berniaga tak berlesen,” katanya ketika diziarahi oleh Azlan, pegawai Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Lelaki itu kini dirawat di Hospital Serdang dan berdasarkan x-ray yang dilakukan dia dipercayai mengalami patah tulang belakang.

Dalam pertemuan itu, mangsa mengakui dia menjaja di situ tanpa lesen kerana tidak tahu prosedur.

Namun dengan nada sayu, mangsa berkata, dia bertekad untuk berniaga untuk mencari rezeki bagi persediaan Hari Raya Aidilfitri, selain mempunyai penyakit angin pasang (hernia).

Dia juga mempunyai seorang adik yang masih lagi belajar.

Mangsa juga menafikan dia adalah warga asing dan berasal dari Jerantut, Pahang.

Tambahnya, dia akan membuat laporan polis selepas prosedur di hospital selesai.

“Semalam saya dua kali berhenti dalam perjalanan balik ke rumah, berhenti tepi jalan,” katanya.

Bercakap kepada Azlan, mangsa turut merayu supaya Shahidan dapat membantunya untuk mendapatkan lesen berniaga.

“Saya mohon jasa baik Datuk untuk bantu saya dapatkan lesen. Saya punya kemahiran berniaga je.

“Berniaga je yang saya boleh kerana memang saya minat berniaga,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here