safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

JOHOR BAHRU – Bayi perempuan berusia setahun maut dipercayai dilanggar bapanya ketika mahu mengalihkan kereta Proton X50 keluar dari garaj sebuah rumah di Taman Desa Harmoni di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi ketika hendak mengalihkan kereta berkenaan, bapa mangsa berusia 27 tahun itu terdengar bunyi dari arah belakang tayar sebelah kiri.

“Apabila turun dari kenderaan, pemandu mendapati anaknya berada di belakang kereta dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri.

“Pemandu tersebut kemudian terus membawa anaknya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di hospital semasa menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sohaimi menasihati orang ramai supaya lebih prihatin dan peka terhadap kedudukan anak-anak terutamanya yang masih kecil sebelum memulakan pemanduan.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika musim perayaan dan tidak tergesa-gesa atau leka ketika memandu,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here