isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Mustahil Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak ada prosedur operasi standard (SOP) ‘budi bicara’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi.

Tetapi dakwanya, SOP itu wujud secara selektif.

“Budi bicara dua darjat. Perniaga air mineral, menjual belon dan jual goreng pisang dilayan kasar.

“Tetapi boleh pula dirunding dengan baik dan berbudi bahasa untuk selesaikan isu pemindahan kuil di Jalan Masjid India.

“Siap diberi tanah ganti dan pampasan perpindahan,” bidas Puad yang juga Speaker Dewan Negeri Johor.

Beliau mengulas mengenai tindakan kasar sekumpulan penguat kuasa DBKL terhadap peniaga belon di Jalan Tunku Abdul Rahman, malam Jumaat lalu.

Pergelutan yang berlaku menyebabkan mangsa yang menjalani rawatan di Hospital Serdang mengalami patah tulang belakang.

Mengulas lanjut, Puad mempersoalkan tidak bolehkah DBKL mengamalkan ‘budi bicara’ secara blanket kerana penjaja kecil ini bukan berniaga secara haram selama 130 tahun.

“Ini berniaga sekali sahaja setahun di bulan Ramadan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here