Pagi ini, seramai 50 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bertolak ke Yangon, Myanmar, bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat lalu.