Ibu, Hasnah Mat Isa, 54, menunjukkan gambar-gambar kesan pukulan yang dialami oleh anaknya, Muhammad Za'imuddin Azlan atau dikenali sebagai 'Abang Belon' yang mendakwa dikasari penguatkuasa DBKL, di Hospital Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 MAC 2025

SERDANG – Hati ibu mana tidak sedih apabila menerima khabar anaknya yang menjaja belon cedera selepas dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat lalu.

Ibu kepada penjaja belon, Hasnah Mat Isa, 54, berkata, dia amat terkejut dengan situasi yang berlaku ke atas anak keduanya daripada tiga beradik, Muhammad Za’imuddin Azlan.

Sebelum kejadian katanya, Muhammad Za’imuddin yang berusia 29 tahun itu sempat menghantar pesanan kepada ibunya yang berhajat ingin membeli baju raya buat ahli keluarga dengan hasil jualan belon.

“Sebelum pergi kerja, dia ada hantar pesanan untuk membeli baju raya buat kami sekeluarga berserta mesej seperti minta maaf dan mohon redha daripada ibu untuk permudahkan urusan mencari rezeki.

“Saya anggap itu hantaran biasa yang memang lazim dia buat mesej pada saya, tapi bila waktu malam pada hari sama saya terkejut terima panggilan dimaklumkan dia cedera ketika kerja.

“Tambah pula saya tengok video tular dia dikasari oleh penguat kuasa DBKL dan tiada siapa yang bantu membuatkan saya lagi kecewa dan separuh nyawa hilang, ibarat jantung nak gugur dibuatnya.

“Saya memang sedih sangat sebab dia hanya bekerja sambilan untuk tampung kos pembedahan bagi penyakit angin pasang yang dialaminya,” katanya dalam nada seba ketika ditemui MalaysiaGazette di Hospital Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.

Ibu, Hasnah Mat Isa, 54, menunjukkan gambar-gambar kesan pukulan yang dialami oleh anaknya, Muhammad Za’imuddin Azlan atau dikenali sebagai ‘Abang Belon’ yang mendakwa dikasari penguatkuasa DBKL, di Hospital Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 MAC 2025

Selepas kejadian itu, Hasnah berkata, anaknya terpaksa menunggang motosikal sendiri pulang dari Jalan TAR ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi dalam keadaan kesakitan.

“Terdapat tiga kesakitan anak saya alami, dia terpaksa menahan kesakitan angin pasang sejak sekian lama, dan kecederaan akibat dikasari penguat kuasa DBKL.

“Anak saya dipercayai alami patah bahu kiri dan sakit tulang belakang tapi masa dia balik rumah selepas kejadian itu, dia tak nak bagi tahu kami tapi keadaan dia amat teruk,” ujarnya.

Ibu, Hasnah Mat Isa, 54, bercakap ketika ditemubual mengenai situasi terkini anaknya, Muhammad Za’imuddin Azlan atau dikenali sebagai ‘Abang Belon’ yang mendakwa dikasari penguatkuasa DBKL, di Hospital Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 MAC 2025

Tambah Hasnah, dia berharap ada keadilan dan sinar baharu dalam insiden yang menimpa ke atas anaknya kerana usia yang masih muda serta perlu mencari rezeki untuk keluarga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here