Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan Bantuan Beras Asnaf kepada 3,333 penerima di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Semua pihak dianjurkan untuk mengambil kesempatan sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut esok sebagai medan untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim pelbagai kaum.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata langkah itu perlu bagi memastikan semangat muhibah kekal kukuh dikalangan semua masyarakat di negara ini.

“Secara jujurnya, isu perkauman ini dimainkan oleh pihak tertentu yang sentiasa menangguk di air keruh. Kalau kita tengok, ada orang komen di media sosial, dia pun tidak tahu cerita sebenarnya.

“Tapi bila komen itu tidak tahu hujung pangkal pun, tapi sebab jarinya terlampau gatal, dia akan komen juga. Saya tengok orang yang komen dia tak tahu latar belakang.

“Kalau inilah cara kita bertindak, amat merbahaya sebab itu berlaku adil kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Program Bantuan Beras Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kepada 3,333 Asnaf sempena Aidilfitri di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah pagi tadi.

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Presiden (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berucap pada majlis Bantuan Beras Asnaf kepada 3,333 penerima di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 MAC 2025.

Johari turut berterima kasih kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan isu perkauman yang tercetus baru-baru ini dapat dibendung dari terus merebak.

“Adakalanya komen (di media sosial) itu akhirnya menyimbah minyak ke dalam api yang sedang membara. Saya rasa inilah budaya yang tidak sihat dan berhentilah.

“Lebih baik kita menyumbang kepada kedamaian daripada perpecahan. Akhirnya kita semua rugi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here