Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO memberi jaminan akan menyediakan peguam bagi menuntut keadilan untuk penjual belon yang dikasari oleh sekumpulan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman malam kelmarin.

Malah Datuk Dr Akmal Saleh berkata, pihaknya akan membantu menanggung kos perubatan mangsa yang dikenali panggil angah atau Zaim yang kini dirawat di Hospital Serdang.

“Insya-Allah Pemuda UMNO akan lawan dan dapatkan keadilan untuk angah dan segala kos perubatan akan kami tanggung bersama,” janji beliau.

Dr Akmal menegaskan, pembelaan yang dibuat oleh Pemuda UMNO itu bukan semata-mata kerana ‘Abang Belon’ tetapi kepada seorang rakyat yang perlu keadilan akibat insiden yang berlaku.

Beliau mengakui,  luluh hatinya apabila dimaklumkan sendiri oleh mangsa kemungkinan dia mengalami patah tulang akibat daripada pergelutan dengan penguat kuasa DBKL.

“…dan bertambah luluh tadi bila angah beritahu yang dia hanya mahu cari makan dan kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa,” soal beliau lagi.

Dr Akmal mengingatkan, meskipun penguat kuasa DBKL ada kuasa dan boleh membuat cerita versi mereka namun Allah Maha Mengetahui.

“Dan kami nak ingatkan, kamu tidak ada hak langsung dengan kuasa yang kamu ada untuk menganiaya mereka ini sedemikian rupa! Kita jumpa di mahkamah!,” tegasnya.

Terdahulu dalam rakaman video melalui hantaran di Facebook, Dr Akmal berpeluang bercakap dengan mangsa.

Dalam perbualan itu, beliau menasihatkan mangsa supaya bersabar dan mendengar nasihat doktor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here