Dua maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Kluang-Batu Pahat, Batu Pahat malam tadi.

BATU PAHAT – Seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 31.5 Jalan Kluang-Batu Pahat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat mendapati kemalangan berlaku pukul 11.55 malam di kawasan persimpangan Jalan Lorong Selamat.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun dari arah Parit Raja menghala ke Kampung Baru Ayer Hitam.

“Apabila sampai di tempat kejadian iaitu semasa sedang menunggang di laluan terus tiba-tiba sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan berumur 65 tahun dari arah bertentangan terus membelok ke sebelah kanan menyebabkan berlaku kemalangan melibatkan kedua-dua kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua pemandu dan penunggang kenderaan terlibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, penunggang yang maut Al Bashan Abdul Razak, 23, beralamat di Kampung Baru Ayer Hitam manakala pemandu berkenaan pula Zainal Rusli, 65, beralamat di Kampung Parit Sumarto, Parit Raja, di sini.

Tambah beliau, siasatan Polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here