Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob bercakap dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR  – Polis menerima tiga laporan berhubung kekecohan penyitaan barangan penjaja belon di tepi Jalan Tunku Abdu Rahman (TAR), di sini, oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, dua laporan diterima anggota penguat kuasa DBKL pada 29 Mac lalu pada jam 11.48 pagi dan 3.34 petang.

“Laporan pertama telah dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas.

“Laporan kedua iaitu penyebaran gambar pengadu di muat naik di Facebook bersama ugutan dan kes disiasat dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, laporan ketiga pula diterima daripada ibu kepada penjaja belon yang juga mangsa pada ja 12.04 tengah malam semalam.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami kecederaan akibat pergelutan yang berlaku dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Serdang.

“Berikutan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” jelasnya,

Beliau meminta sekiranya orang ramai mempunyai maklumat disarankan untuk menyalurkannya dengan menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

Lima dirakam keterangan kes penguat kuasa DBKL kasari peniaga belon

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here