Ustaz Ebit Lew melawat Abang Belon yang kini dimasukkan ke Hospital Serdang ekoran kecederaan yang dialaminya.
Ustaz Ebit Lew melawat Abang Belon yang kini dimasukkan ke Hospital Serdang ekoran kecederaan yang dialaminya.

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Ustaz Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi peniaga belon yang mendakwa dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam insiden kekecohan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) Jumaat lalu.

Ketika lawatan itu, individu berkenaan yang sinonim dengan panggilan ‘Abang Belon’ atau Angah Zaim memberitahu Ebit bahawa dirinya ingin pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Sampai-sampai Zaim peluk menangis kuat-kuat. Ustaz saya nak raya. Tolong saya. Katanya tulang belakangnya patah. Allahukbar. Berat ujian Zaim. Orang Jerantut, Pahang. Kadang kita rasa ujian kita berat rupanya ada lagi yang berat.

“Saya hadiahkan Umrah bersama saya dengan WeTime Travel & Tours bila beliau dah sembuh nanti. Doakan ya. Sayu tadi berbual dengan ibu ayahnya,” katanya di Facebook beliua, hari ini.

Awal hari ini, polis memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa yang mendakwa dikasari penguatkuasa DBKL dalam insiden kekecohan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, sebelum ini laporan polis dibuat DBKL dan yang terbaharu adalah laporan dibuat keluarga kepada individu iaitu peniaga belon yang terlibat.

Untuk rekod, setakat hari ini, lima laporan polis sudah diterima membabitkan empat penguat kuasa DBKL serta penjaja belon terbabit.

Kejadian pada Jumaat itu telah tular menerusi satu video berdurasi 1 minit 42 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook.

Video itu memaparkan kekecohan antara penjaja belon tidak berlesen dan anggota penguat kuasa DBKL ketika proses penyitaan barangan di tepi jalan berkenaan.

Semasa proses penyitaan dijalankan, berlaku pergelutan antara anggota penguat kuasa DBKL dan penjaja terbabit selain beberapa penjaja lain yang turut membuat provokasi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here