Seorang kerani maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang malam tadi.

KLUANG – Seorang kerani maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 57.5, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut berlaku pukul 11 malam daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Proton Waja terbabas di jalan berkenaan.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta mangsa dari arah bandar Kluang menghala ke Mersing.

“Semasa sampai di tempat kejadian, kereta terbabit  hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebatang pokok yang berada di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut mangsa, Abdul Sukor Omar yang berusia 53 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here