KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke majlis itu yang berlangsung di Dewan Santapan Utama Istana Negara.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, majlis itu turut dihadir anggota jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Malaysia dan pegawai kanan kerajaan serta kakitangan Istana Negara.

Seri Paduka Baginda berdua juga meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.
Terdahulu, awal hari ini, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini. – MalaysiaGazette